Popular Posts

Monday, November 29, 2010



Dalam dunia memancing, kita perlu tahu apakah persiapan sebelum pergi memancing. Segala kelengkapan perlu disediakan agar tidak timbul masalah semasa pergi memancing. Persiapan yang perlu dilakukan bukan sekadar mempunyai joran dan umpan yang baik tetapi juga keperluan lain. Keperluan ini tidak kurang pentingnya sebab tanpa keperluan-keperluan ini ia akan menimbulkan masalah kepada para pemancing.
Ini yang dapat membezakan antara pemancing yang berpengalaman dan tidak berpengalaman, antara pemancing berilmu ataupun kurang berilmu. Persediaan fizikal dan mental juga penting dalam memancing. Mari kita lihat apakah peralatan yang diperlukan sebelum kita turun memancing.
Peralatan seperti berikut :
a) Peralatan yang paling asas bagi seorang pemancing adalah joran dan mata kail. Tambahan kepada itu adalah umpan, enjin, minyak enjin dan sauh. Enjin, minyak dan sauh diperlukan bagi orang yang ingin memancing di tengah laut dan sungai. Joran, mata kail dan umpan pula berbeza bergantung kepada ikan yang ingin ditangkap.
b) Jaket keselamatan untuk keselamatan terutama pada orang yang tidak tahu berenang.
c) Bekalan makan dan minum. Ini salah satu peralatan terpenting antara yang penting, tanpa peralatan ini kebuluran orang yang pergi memancing.
d) Baju hujan bagi melindungi diri dari hujan.
e) Baju labuh atau bertangan panjang bagi melindungi diri dari panas, gigitan nyamuk dan agas.
f) Topi bagi berteduh daripada panas dan hujan.
g) Ubat-ubatan bagi kecemasan ataupun berasa kurang selesa.
h) Tali bagi tujuan khas.
i) Pisau ataupun parang. Ini penting bagi mempertahankan diri
j) Kain buruk. Walaupun nampak remeh tetapi banyak kegunaannya. Perlu untuk menarik tali pancing yang tersangkut, untuk dibuat lap tangan yang kotor dan banyak lagi.
k) Stokin Panjang bagi mengelakkan gigitan serangga seperti agas dan nyumuk. Ia juga bagi melndungi kaki daripada pancaran terik matahari.
l) Wisel untuk kecemasan (termasuk jika ingin memohon bantuan jika engin rosak
m) Plastik besar sebagai tempat meletak beg serta barang pancing jika hujan.
n) Polystrin dan air batu. Ini penting sebagai tempat mengisi hasil tangkapan.
o) Lampu suluh, lampu ayam dan ubat nyamuk jika ingin memancing malam. Ini semuanya perlatan asas bagi memancing.
Banyak bukan? Nampak macam mudah sahaja pergi memancing, namun begitu apabila salah satu peralatan tidak disertakan mungkin menimbulkan masalah tertentu. Ini yang orang katakan “Kalau ingin memancing, buat cara hendak memancing.”
Peralatan lain seperti khemah, peralatan memasak dan sebagainya juga diperlukan jika ingin memancing lebih daripada satu hari.Dalam mencari cinta, kita juga diibaratkan sebagai seorang pemancing. Betulkah begitu? Betul. Kita perlu menjadikan diri sebagai pemancing tidak kira perempuan ataupun lelaki.
Selalunya kita mengambil pepatah lama sebagai panduan hidup. “Ajal dan jodoh di tangan Tuhan”, “Kalau dah jodoh tidak ke mana”, “Perigi mencari timba” dan banyak lagi. Kesemuanya membawa persepsi negatif kepada orang yang membaca, menulis dan mengingatinya.
Sebagai orang yang beragama, kita perlu yakin dengan ketentuan Tuhan. Semua manusia sudah ditetapkan jodohnya. Namun begitu, adakah jodoh itu datang dengan sendiri? Adakah dengan mudahnya bulan boleh jatuh ke riba? Tidak semudah itu. Dalam Quran bab ketiga belas ar-Ra’ad ada menyebut:”Sesungguh nya Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri” Ini jelas membuktikan bahawa ayat-ayat di atas perlu diubah bersesuaian dengan kata-kata Tuhan ini. Kita kena ubah kepada “Jodoh di tangan Tuhan tetapi siapa jodohnya aku perlu cari dan pilih”, “Jodoh memang tidak ke mana selagi kita berusaha mendapatkannya” , “Perigi memang tidak dapat mencari timba, namun begitu diriku bukan perigi. Aku adalah insan yang perlu berusaha untuk mencari dan mengkaji.
Jadi aku perlu mencari jodoh aku.” Ini semuanya ayat-ayat yang akan mengubah persepsi diri kita untuk keluar mencari cinta dan bukan menunggu cinta.Kita berbalik kepada cerita memancing tadi. Bagi memancing cinta, kita juga perlu membuat persediaan dahulu sebelum pergi memancing cinta.
Cinta bukanlah senang untuk didapati tanpa persiapan yang kukuh oleh pemancing-pemancing cinta. Sebenarnya banyak persiapan yang perlu dilakukan, namun begitu di sini kita hanya menyebut yang paling utama. Kita boleh senaraikan seperti berikut :a) Joran dan umpan cintaSebelum kita ingin mencari cinta ataupun mendapatkan cinta. Kita perlu kenal pasti apakah jenis joran dan umpan cinta yang diperlukan.
Jenis umpan dan joran ini ditentukan mengikut apakah jenis ikan yang ingin kita dapatkan. Jadi jika ingin mendapat ikan yang bagus dan berkualiti sudah tentu joran serta umpannya juga perlu berkualiti. Manusia pun begitu, bagi mendapatkan bakal pencinta yang baik kita perlu menjadi baik, begitu juga sebaliknya.
Ini ditekankan oleh Tuhan di dalam Quran pada bab 24 an-Nur ayat 26 yang menyebut”Selalunya perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan begitu juga sebaliknya. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya.. ….”
b) Jaket keselamatan pencinta
Apakah jaket pemancing cinta? Jaket keselamatan adalah keseimbangan dalam kehidupan. Seseorang yang ingin bercinta perlu seimbang daripada sudut fizikal, rohani dan mental. Faktor-faktor ini adalah penentu umpan dan kail yang kita berikan itu dimakan ikan ataupun tidak.
d) Makan dan minum pencinta
Makanan dan minuman pencinta adalah tawakal kepada Allah. Tanpa amalan ibadat dan mendekatkan diri dengan Tuhan, kita tentu susah diberikan keberkatan dalam usaha kita mencari cinta. Hanya penciptanya saja yang dapat memberikan kekuatan kepada usaha yang dibuat. Tanpa kekuatan itu yang menyebabkan insan mudah berputus asa dalam pencarian cinta.
e) Pakaian pencinta
Bagi seorang pemancing cinta, seseorang individu perlu memakai pakaian cinta iaitu sayang menyayangi. Ini yang menjadikan orang memandang kita dengan pandangan kasih sayang. Jika kita ingin merasa kasih dan sayang kepada kita, kita harus terlebih dahulu mengasihi orang lain. Ini disarankan dalam satu kata-kata Nabi Muhammad”Tuhan tidak akan menyayangi seseorang itu sebelum beliau mengasihi saudaranya seperti mengasihi diri sendiri
c) Lampu suluh pencinta
Setiap individu yang bercinta perlu bersedia dengan lampu suluh cinta agar dia tidak sesat dalam kegelapan. Apakah kegelapan yang dimaksudkan? Kadangkala bakal pencinta kita berada di sekeliling kita, namun begitu disebabkan kita tidak menggunakan lampu suluh cinta, kita tidak dapat melihat siapakah yang bakal menjadi pencinta kita. Kadangkala mereka berenang-renang di sekeliling mata kail kita. Namun begitu sebab lampu suluh tiada kita tidak dapat melihatnya.


jodoh
Renunglah sejenak jika selepas ini ada lagi yang bertanya soalan Bila nak kawin? Mungkin jawapan di bawah ini boleh diberi. Seterusnya mungkin mereka akan berhenti bertanya soalan tersebut..

Renungkanlah sedalam-dalamnya. …

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman dan tidak bertanggungjawab kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di  samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubunga kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
 
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya Mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah  anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat,akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insane kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

KITA  TIDAK SELALUNYA MENDAPATKAN APA YANG KITA SUKAI, OLEH KERANA ITU MARILAH KITA MENYUKAI APAPUN YANG KITA DAPAT DAN ADA

Friday, November 19, 2010

Kenapa Mesti Kita Mengeluh?...

Percaya atau tidak setiap hari kita pasti mengeluh. Bila dikurniakan lebih pun kadang2 kita masih mengeluh apatah bila nikmat kurnia dariNya dikurangkan pada kita. Semestinya kita akan mengeluh. Segala persoalan dan pertanyaan akan keluar. Kenapa? Mengapa? Apa sebab?.

Jom ikuti.


Mengeluh lagi...??

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya:


Kita bertanya : Kenapa aku diuji ?
Quran menjawab:
“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)


Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)


Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)


Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab.
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)


Kita berkata : Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)


Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6) 


Sumber : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1518

Rahmat Di Sebalik Ujian


Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan terngadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai atau lupa terhadap hamba-Nya.

Di hujung ujian ada rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan Allah, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang Pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita pula bagaimana?

Yang pasti ujian yang datang tidak semestinya apa yang tidak kita sukai. Malahan Allah memberi segala apa yang kita rasa perlu walhal hakikatnya hanya Allah yang tahu. Disitu ujiannya adalah bagaimana kita mahu bersyukur dengan limpah kurnia Allah kepada kita selama hayat kita, dan tidak pernah buat kita merasa susah dan menderita seperti orang lain. Tapi tetappun begitu, kita masih tidak bersyukur dan terus terusan mengeluh. Benar, ujian Allah dalam pelbagai bentuk. Bezanya bagaimana kita menghadapinya dengan redha supaya kita sentiasa di jalan Allah.

Ujian dan Iman

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”


Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””



Ujian Pelbagai Bentuk

Tahap ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia itu berbeza-beza, berdasarkan kepada keimanannya. Bentuk ujian itu juga pelbagai. Ada orang diuji dengan wanita, yang lainnya dengan harta, anak-anak, kesusahan, kawan-kawan dan sebagainya. Bagi para pelajar, peperiksaan itu juga satu bentuk ujian. Hakikatnya, kehidupan ini sendiri keseluruhannya adalah medan ujian, akhirat nanti medan ganjaran.

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”


Ayat ini begitu dalam maknanya bagi orang-orang yang ingin memahami, dan begitu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Sabar dan Solat itu kunci dalam memohon pertolongan Allah. Sampai bila kita harus bersabar? Sampai Allah memberikan pertolongan. Selagi kita diuji, selagi itulah kita bersabar.

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.”Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!”. Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan,“Jangan marah!” [HR Bukhari]. Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. 

Hidup di dunia bukan bererti kesenangan semata. Jika begitu kenapa perlu ada syurga dan neraka? Andai hidup tidak diuji, sudah cukupkah untuk mengatakan bahawa kita telah beriman? Tiket untuk ke syurga bukan semudah yang disangka. Jangan difikirkan tanpa ujian, jalan kita adalah lurus ke syurga. Sebaliknya itu adalah jalan mudah kita ke neraka. Kenapa? Bila tiada ujian yang berat, kita mudah lupa, kita mudah lalai, kita mudah leka dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Membuatkan saban hari kita semakin jauh dari Allah dan membuat kita semakin lupa menadah tangan mengucapkan kesyukuran kepadaNya.

Jadi, jalan mana yang anda pilih....

Thursday, November 18, 2010

Ya Allah, hanya pada-Mu tempatku mengadu...



Ya Allah!
kenapakah hati ini begitu keras untuk mengingati-Mu?
mungkinkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran?
setiap hari aku solat, membaca al-Quran tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatan bagaimanakah akan aku tempuhi hidup ini?
adakah jiwa ini akan dapat Engkau terima?

Ya Allah!
janganlah Engkau tinggalkan aku,
janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan,
apalah diri ini tanpa-Mu,
aku begitu lemah untuk mengharungi gelombang dunia ini...

Ya Allah!
kasihanilah jiwaku yang kerdil ini,
aku sangat mengharapkan pimpinan-Mu,
aku sangat rindukan belaian kasih sayang-Mu,
bantulah aku, Ya Allaah...
bantulah aku, Ya Robbi...
lemparkanlah cahaya-Mu ke dalam jiwaku...

Ya Allah!
apalah erti kehidupan ini tanpa kehadiran-Mu..
apalah gunanya segala yang kumiliki tanpa rahmat-Mu..

Ya Allah!
berilah petunjuk-Mu kepadaku,
aku tahu bahawa petunjuk-Mu adalah mahal dan perluku bayar..
aku redha, Ya Allah..

Engkau ambillah apa yang aku miliki tetapi
campakkanlah Nur-Mu kedalam jiwa ini...

Ya Allah! aku malu untuk berhadapan dengan-Mu..
aku begitu kotor dan jijik..
riya', tamak, sombong, dengki telah membelenggu hidupku..
jiwaku lemas...

Setiap kali cuba mengingati-Mu
setiap kali juga jiwaku menghalang
fikiranku berkecamuk
Ya Allah dimanakah cahaya-Mu?

Ya Allah!
hanya kepada Engkau tempatku mengadu..
hanya kepada-Mu tempat aku mencurahkan perasaanku..
kerana aku tahu hanya Engkau yang dapat membimbing
jiwaku yang kerdil ini...

Maka bimbinglah aku Ya Allah..
pimpinlah aku, pimpinlah aku..
pimpinlah akuuu... Ya Allah!

Wednesday, November 17, 2010

Adakah dia mencintai kita?

ADAKAH DIA YG MCINTAI KITA? SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI??...

  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  • Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  • Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh
  • dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
 
"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut.. kamu akan menyesal melakukannya! "

Berdoa...Jangan Pernah Putus Asa

SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan- Nya. Namun tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul. Lantaran itu, sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil sedangkan Allah telah berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60)

Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (riwayat Tirmidzi)

Hakikatnya, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa mengotakan janji-janji- Nya. Namun hamba-hamba- Nya adakalanya gagal untuk memahami hikmah di sebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan apa yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang terbaik untuk diri kita sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap keputusan-Nya itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang insan.

Ada ketikanya apabila Allah tidak memperkenankan sesuatu permintaan hamba-Nya disebabkan kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipinta.

Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”. (riwayat Imam Ahmad)

Begitulah resam seorang insan yang selalu lupa tentang apa yang telah dikurniakan Allah yang hakikatnya lebih banyak berbanding permintaannya yang dianggapnya tidak dimakbulkan itu. Malah menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa ada waktunya Allah menggantikan apa yang dipinta oleh hamba-hamba- Nya itu dengan menghindarkan diri mereka dari ditimpa kemalangan ataupun apa-apa jua bentuk musibah.

Ada ketikanya Allah menangguhkan untuk memperkenankan sesuatu permintaan dan dikurniakan sebagai ganti berupa ganjaran pahala di akhirat yang tentu sekali akan lebih memberi manfaat yang besar kepada hamba-hamba- Nya.

Insan tetap insan yang sebagaimana telah kita semua sedia maklum terbelenggu dengan pelbagai kelemahan. Kenapa tatkala merasakan Allah seperti tidak memperkenankan doa-doanya, seseorang insan itu tidak terlebih dahulu melihat kekurangan yang ada pada dirinya sendiri.

Bagaimana mungkin Allah ingin menjawab permintaannya itu sekiranya seseorang itu sentiasa bergelumang dengan perbuatan maksiat serta meninggalkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kamu harus mengerjakan segala yang baik (makruf) dan meninggalkan segala yang keji (mungkar), atau jika tidak Allah pasti akan menurunkan seksa ke atas kalian, nanti bila kalian berdoa tidak akan dimakbulkan”. (riwayat Tirmidzi)

Tidak dapat dinafikan kelalaian seseorang dalam menurut perintah Allah dan juga tewasnya seseorang dengan godaan hawa nafsu merupakan penyebab utama terhalangnya kurniaan kebaikan (seperti mudah termakbulnya doa) daripada Allah terhadap hamba-hamba- Nya. Firman-Nya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya. (al-Ra’du: 11)

Mana mungkin Allah SWT akan memperkenankan sesuatu permohonan jika hamba-hamba- Nya tidak mempedulikan perkara halal dan haram dari segi sumber rezeki, pemakanan dan pakaian-pakaiannya dalam kehidupan seharian. Firman Allah: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun: 51). Dan Dia berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (al-Baqarah: 172).

Kemudian Baginda menyebutkan tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan panjang, rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, dia berucap: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan. (riwayat Imam Muslim)

Sikap terburu-buru sesetengah insan dalam meminta doanya agar dimakbulkan segera sehinggakan wujud perasaan putus asa apabila permintaan tersebut tidak tercapai merupakan antara faktor yang menyebabkan terhalangnya doa itu diterima oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari)

Sewajarnya setiap insan tidak putus harapan dalam berdoa dan tetap memperbanyakkan amalan berdoa. Keyakinan bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa hamba-hamba- Nya juga merupakan faktor yang dapat mempermudahkan termakbulnya doa.

Sekiranya doa itu diyakini sebagai ibadah maka hendaklah kita menghadapkan doa itu ikhlas hanya kepada Allah SWT tanpa sebarang perantaraan yang bertentangan dengan syarak dan tatacara berdoa itu juga hendaklah bersesuaian dengan sunah Rasulullah agar ia diterima oleh Allah SWT. Doa itu hendaklah dibaca dengan perasaan penuh rendah diri di hadapan Allah dan dengan suara yang perlahan. Firman-Nya: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (al-A’raaf: 55)

Justeru, hendaklah setiap insan melazimkan diri mereka dengan berdoa. Pada masa yang sama hendaklah setiap insan itu juga berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri dalam menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan