Popular Posts

Thursday, May 5, 2011

menganyam nikmat : bila takdir menguji


:: Bismillahirahmanirrahim ::

nasihat buat diriku ... satu perkongsian...

Selalunya kita rasa hidup dan diri ini milik kita.

Memang begitulah hakikatnya, walaupun kita menyedari bahawa kehidupan ini dan kewujudan kita di dunia ini adalah merupakan pinjaman dari Allah, namun disebalik pinjaman itu, Allah memberi kita ruang dan hak kebebasan untuk  menentukan kehidupan kita menurut acuan kita.

Dari sinilah kita dapat merasai hak  ‘memiliki’ walaupun hidup ini terpaksa kita kongsikan dengan semua orang yang berada disekeliling kita. Lebih lebih lagi dengan perjuangan, jamaah dan  dakwah yang menjadi prasyarat sebagai seorang ‘ hamba’ menunduk kepada Khaliqnya.

Ironinya, dalam hidup ini, tidak semua perkara  harus kita kongsikan dan membiarkan orang lain atau jamaah yang menentukannya, sebab kita juga manusia yang punya citarasa dan perasaan untuk  memilih sesuatu  untuk mengisi naluri kita mengikut kehendak dan citarasa kita!

Maha suci Allah dengan rahmatnya, amat mengetahui kehendak kita itu lantas dipandunya kita dan dibukanya ruang bagi kita untuk berbincang denganNya danbertaqarrub padaNya dalam membuat sesuatu pilihan didalam kehidupan ini agar kita selamat didunia dan akhirat.

Dan Allah meletakkan ‘ istikharah’ sebagai teman kita dan ‘ wasilah ‘ yakni jalan dalam memilih sesuatu yang kita dambakan dalam hidup ini!

Bukan hanya soal jodoh sahaja yang ingin diperkatakan, tetapi dalam apapun aktiviti kehidupan yang menghendaki kita membuat pilihan maka istikharahlah wasilahnya hatta soal pemilihan jamaah yang ingin kita intima’ didalamnya pun wajar bagi kita melaksanakan istikharah.

Istikharah adalah sebahagian juzuk ubudiyah kita kepada Allah sebagai tanda ” kepasrahan” !

Pasrah, agar Allah dapat memilihkan yang terbaik dan teristimewa buat kita!

Baik untuk dunia, agama dan akhirat kita, kerana kita selalunya amat lemah dalam membuat pilihan dan keputusan yang terbaik kerana pastinya sebagai manusia kita akan  memilih sesuatu berdasarkan hawa nafsu dan tidak melalui neraca dan ukuran iman!

Istikharah juga sesungguhnya, akan memandu kita jauh kearah rasa takwa dan mengajar kita mendahului Allah dari segala kemahuan kita sehingga kita dapat memelihara kesucian ikhtiar dan kepekaan dalam menjaga hubungan baik dengan Allah.

Istikharah merupakan ‘pertanyaan dan permintaan izin’ kita dari Allah disamping kita mengadu dan merakamkan sifat manja kita bersoal jawab denganNya.

Sewajarnyalah Allah tidak akan menjawab persoalan kita secepat yang kita inginkan kerana Dia Maha Tahu bila dan dimana harus dipanduNya kita kearah kemakbulan doa2 kita dan ini mengajar kita untuk menanti jawaban Allah dengan penuh takzim dan kesabaran serta tawakkal yang tinggi kepadaNya.

Beranikah kita mengingkari pilihan Allah kiranya Allah memilih untuk kita lantaran  bercanggah dengan kehendak dan naluri kita?

Boleh kah?

Inilah persoalannya yang wajar kita jawab dalam  membuktikan kejujuran kita ‘ beristikharah’ dalam memilih!

Disinilah ‘ Furqaan “ yang menguji kepekaan kita sebagai seorang yang beriman yang menyerah diri kepada Allah.

Kita memang selalu teruji even disaat genting meskipun kita membengkakkan mata dan memerahkan mata kerana menangis.

Membasahkan sajadah dengan kesyahduan sujud yang lama sehingga terkadang hati kita terasa amat amat memerlukan, agar Allah memberikan  kemahuan dan kehendak kita, tapi takdir tidak melihat kita begitu.!

Takdir juga seperti bulan dan bintang, tidak merubah ketaatannya kepada Allah dan tetap berjalan mengikut aturanya.

Kenapa ya,  Allah menguji kita sampai begitu?

Jawaban nya adalah kerana Allah inginkan ” barakah ” untuk kehidupan kita dibawah langitNya.

Manusia biasanya mengambil mudah serta  suka mengikut jalan  pintas demi mengikut hawa nafsunya,

tapi Allah Maha melihat kehidupan mendatang kita yang lebih istimewa yang telah ditentukan untuk kita.

Dialah yang menjamin kita.

Dan jaminan itulah yang membuatkan kita sentiasa ‘ pasrah ‘ padaNya dan menerima apa saja akan ketentuanNya.

Disinilah terpancarnya sifat ‘ kehambaan ‘ itu.

Sifat seorang da’i Nya yang mendahuluiNya dari segala kehendak yang lain termasuk diri kita sendiri.

Bisa saja kita membuat keputusan kita dan mengikut kehendak kita tapi jiwa kita yang telah ‘ditarbiyah‘ ini tidak mungkin melakukan sesuatu tanpa kita mengadu kepada Allah!

Itulah lebihnya kita sebagai duat ini berbanding makhluk yang lain. Tiap titik kehidupan, kita refer dengan Allah semata mata untuk mengokohkan jiwa kita agar sentiasa tergantung diarasyNya.

Bukan senang untuk melakukan ‘ pekerjaan jiwa’ yang sebegini seandainya kita tidak melalui ‘ proses ‘ untuk mencernakan ruh ini dengan’ tarbiyah kesufian ‘kerana tarbiyah kesufian sahajalah yang dapat melahirkan ‘ jiwa cinta‘ disaat penolakan Allah atau melankolik disaat kemahuan dan kehendak kita ditolak ” takdirNya “.

bukan kita memilih takdir
takdirlah yang memilih kita
bagaimanapun takdir bagaikan angin seorang pemanah
kita harus selalu mencuba
untuk membidik dan melepaskannya disaat yang paling tepat
~salehuddin Al-ayubi~

Itulah tarbiyah yang selalu kita ulang ulangkan supaya tarbiyah menjadi ‘qorin’ ( teman ) dalam menemani kehidupan kita sepanjang masa.

Mengajar kita akan ‘pekerjaan hati’ dan membuang segala sifat mazmumah yang membawa kederhakaan kita kepada Allah!

Juga mengajar kita menerima ketentuan diatas ‘cinta kita’ kepadaNya.

Berusaha dan bertawakal!

Mencuba dengan sebaik mungkin dan tidak menyerah kepada takdir semata!

Dan insyaalah, Allah pasti memberi kita kelazatan demi kelazatan setiap kali ‘cinta kita’ bertandang untuk mencari redhaNya sekalipun pertemuan kita terhalang diatas takdir yang ditentukan ….

Jika inilah ‘ kepasrahan’ dan ‘ penyerahan’ yang terwujud didalam kalbu kita, pastinya kita terbenam di alam yang penuh kedamaian, kehangatan dan kepuasan.

Dan akan terasa lah ruh kita ini berada dalam ‘ iklim syurga ‘ di alam molekul yang tak pernah kita rasakan sebelumnya dan terpisahlah kita dari perasaan gundah gulana yang berpanjangan yang mencarik dan mengoyakankan jiwa jiwa sutera kita serta melayangkan nya seperti asap yang terbang hina yang mengotori awan!

Ingat!

Allah tidak pernah menzalimi makhluk dengan takdirNya dan sentiasa menebarkan kita dengan kesejukan cintaNya dilayar ayat2 samawiNya dan dengan kasihNya itulah kita berada disini.

Didunia ini.

Mengayam nikmatNya.

Bersyukurlah dan terimalah takdirNya kerana….
"takdir adalah sumbu yang menyalakan lilin cinta untuk menerangi perjalanan cinta kita kepada Allah sekalipun ianya membakar hangus cita dan cinta diatas kehendak kita sebagai manusia dan begitulah takdir menguji kita!"

Salam sayang buat semua, agar antum mendoakan aku supaya takdir Allah mematikan aku dijalan ini…..

Jalan dakwah yg amat aku cintai ini sekali pun jalan ini terlalu menguji,yang terkadang sukar bagiku membendung gelombangnya dengan iman yang tipis dan hati yang  sentiasa tercarik kerana hempasannya …..

sumber -muharrikdaie -

No comments:

Post a Comment